Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
**** Penilaian yang rapi untuk menilai kesesuaian pemohon untuk program melalui pernyataan tujuan, temu duga dan kaedah lain mungkin meliputi kriteria berikut:
- Menunjukkan pengalaman perniagaan yang kukuh, dan bahawa anda telah memegang tanggungjawab pengurusan yang penting.
- Bukti sebarang pencapaian dalam kehidupan profesional anda, sebagai contoh, prestasi yang konsisten pada tahap yang tinggi, kemajuan kerjaya yang konsisten dan apa-apa impak yang anda ada pada organisasi anda.
- Kemahiran profesional yang telah anda kembangkan, contohnya, kerja berpasukan, kepimpinan, penyelesaian masalah, kemahiran berunding dan analisis.
- Bagaimana anda akan menyumbang kepada kelas anda dan pengalaman yang boleh anda bawa kepada institusi. (Universiti Lancaster,2021)
***** Pengalaman boleh menjadi pengalaman kumulatif walaupun sebelum memperoleh kelayakan yang diperlukan untuk peringkat pengajian tertentu. Walau bagaimanapun, pengalaman mestilah relevan dengan tahap pengajian dan juga kandungan
****** Kursus prasyarat mesti melengkapkan pelajar dengan pengetahuan perniagaan yang diperlukan (mengurus orang, mengurus sumber kewangan, memahami pelanggan, memahami persekitaran dan perancangan strategik) satu tahap lebih rendah daripada tahap program