Program ini melatih pelajar berkebolehan dalam pengurusan, fiqh, pelancongan dan hospitaliti Haji dan Umrah selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Selain kemahiran pengurusan dan keusahawanan, ia juga membangunkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan interpersonal pelajar. Mereka akan mempunyai pengetahuan untuk menyelesaikan isu secara kreatif, beretika dan profesional.