Program ini melatih pelajar untuk menjadi pengendali makanan yang berkebolehan dan profesional. Pelajar akan mempelajari aspek-aspek pengurusan yang diperlukan untuk menjadi profesional dalam pengurusan operasi makanan & minuman atau operasi dapur, sekaligus berpeluang menceburi kerjaya pengurusan dalam industri perhotelan.