PERSATUAN ALUMNI KLMUC

Semua graduan Kuala Lumpur Metropolitan University College secara automatik menjadi ahli Persatuan Alumni KLMUC. Di halaman ini, anda boleh berhubung dengan lebih 14,000 orang alumni, dari setiap negeri dan termasuk lebih daripada 40 negara.

Kami menjemput anda untuk terus berhubung dengan universiti, meluangkan masa berinteraksi sosial dan mengembangkan rangkaian anda – temui rakan baharu dan jadikan halaman ini sebagai tempat persinggahan, di mana kita semua boleh bertemu secara maya.

Manfaatkan hubungan sepanjang hayat bersama komuniti di seluruh dunia dengan menyertai acara pertemuan yang dianjurkan secara tetap dan pelbagai program yang menyumbang kembali kepada universiti, para pelajar dan alumni.

Kami sangat berterima kasih kepada anggota kumpulan yang banyak mencurahkan masa, idea dan komitmen mereka demi menjayakan acara di bawah anjuran Persatuan Alumni KLMUC.

Barisan belakang dari kiri : Mohammad Iskandar bin Eddy Syardi (Naib Presiden), Mohd Asyraf bin Abdullah (Bendahari), Mohamad Fadhil bin Thalhan (Presiden), Mohammad Zaid bin Shukuri (Exco Perhubungan Awam), Mohammad Azamuddin bin Holis@Ahmad (Exco Media), Ahmad Redha Aydeed bin Ahmad Kamil (Exco Tajaan).

Barisan depan dari kiri : Yuliana Yusuf (Eksekutif Kanan, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, KLMUC), Nurfatin Sakinah bt Mohd Salleh (Alumni), Nor Rasyidah binti Mhd Idris (Setiausaha).

DAFTAR & KEMASKINI

Helo Alumni! Selamat datang ke Komuniti KLMUC.
Sila daftar dan kemaskini maklumat peribadi anda di sini : https://forms.gle/7zkoDr2hoLeJaYZc9
Anda dipersilakan untuk menyertai kami di saluran komunikasi di bawah:
Facebook & Instagram : myKLMUC

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KLMUC
Ms. Asmahani Kadir : asmahani.kadir@klmuc.edu.my

MENYUMBANG KEMBALI

Alumni Yang Dihormati,
Bahagian Perkhidmatan Pelajar menjangkakan kepayahan para pelajar untuk terus bertahan semasa pandemik Covid-19.
Justeru, kami telah menghubungi Persatuan Alumni KLMUC untuk membantu para pelajar menerusi Program Menyumbang Kembali seperti berikut:

Program A
Bank Makanan Sihat & Halal
Kami memerlukan bantuan anda. Sumbangan boleh dihantar terus ke Kampus KLMUC di Jalan Raja Laut atau anda boleh dapatkan bahan-bahan keperluan dari aplikasi kegemaran dan hantarkan kepada kami.

Program B
Sumbangan Kewangan
Alumni boleh menyumbang wang kepada universiti. Dana tersebut akan digunakan untuk program kebajikan pelajar anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KLMUC. Sila hubungi pegawai bertugas untuk bantuan urusan pemindahan dana.
Kekerapan: Seikhlas hati. Sasaran kutipan setahun: RM 1000

Program C
Penglibatan dengan Pelajar
Alumni digalakkan untuk menyampaikan ceramah / menganjurkan seminar / lawatan sambil belajar di tempat kerja mereka kepada para pelajar kami.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KLMUC akan menjadi pengantara untuk menjayakan setiap program tersebut. Kekerapan: 2 sesi acara penglibatan setiap semester (6 kali setahun)
Kekerapan: 2 sesi penglibatan setiap semester (6 kali setahun)
Please fill up the form here as our guest speaker for the engagement session : https://forms.gle/7zkoDr2hoLeJaYZc9

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KLMUC
Ms. Asmahani Kadir : asmahani.kadir@klmuc.edu.my

KLMUC ALUMNI ASSOCIATION - KLMUC