Bantuan Kewangan

PTPTN

KWSP

PTPTN

Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 45 tahun dan ke bawah pada tarikh permohonan;
  • Ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di IPTA / IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat-syarat ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Program dijalankan perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia;
  • Pelajar IPTS yang mengikuti program perlu mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi daripada MQA yang masih sah pada tarikh permohonan;
  • Pelajar yang memiliki kelayakan yang tidak dinyatakan, perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan atau Agensi seperti di atas;
  • Baki pengajian mestilah tidak kurang daripada satu (1) tahun pada tarikh permohonan;
  • Tidak mempunyai penaja atau pembiayaan lain; dan
  • Mempunyai akaun SSPN.

Cara untuk memohon PTPTN:

  1. Buka akaun simpanan (Akaun Peribadi Pelajar) dengan bank CIMB.
  2. Buka akaun SSPN di bank Maybank minimum RM 20.
  3. Beli nombor PIN RM 5 di Bank Simpanan Nasional (BSN). Nombor PIN sah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dibeli.
  4. Log masuk ke laman web PTPTN (http://www.ptptn.gov.my).
  5. Isi dan lengkapkan Borang Permohonan PTPTN beserta
    dokumen sokongan.
    Dokumen Sokongan:
    • Salinan nombor PIN BSN (RM 5)
    • Salinan Kad Pengenalan Diri pelajar
    • Salinan Surat Tawaran IPTA / IPTS dan Politeknik
    • Salinan Penyata Akaun CIMB
    • Salinan Slip Akaun atau Kad SSPN
    • Salinan sijil SPM / STPM / Diploma
    • Salinan Kad Pengenalan Diri ibu bapa / penjaga
    • Salinan slip gaji / pencen ibu bapa / penjaga
    (jika berkaitan)

KWSP

Criteria:

Warganegara Malaysia; ATAU Warganegara Malaysia yang telah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kembali mencarum dengan KWSP; ATAU

Bukan Warganegara Malaysia yang:

  • elah mencarum dengan KWSP sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
  • Telah memperoleh taraf Pemaustatin Tetap (PR)
  • Belum berumur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
  • Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 di KWSP

Untuk terma dan syarat penuh, sila layari: http://www.kwsp.gov.my

Eligibility & Criteria For PTPTN Loan Malaysia - Financial Assistance | KLMUC