Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman para pelajar tentang peranan, kepentingan dan prospek reka bentuk agar mereka boleh memanfaatkan sendiri semasa menghasilkan karya seni nanti. Fakulti juga memfokuskan perkembangan skil dan pengetahuan pelajar jika mereka memilih kerjaya sebagai pereka grafik. Mereka juga akan didedahkan kepada cabaran untuk menggabungkan kreativiti, konsep serta skil perisian komputer tetapi mempunyai permintaan berpotensi dalam industri berdaya saing ini.