PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Sumber Ungku Aziz (UARC) mempunyai ruang sehingga 4000 kaki persegi dan boleh memuatkan 300 pengunjung pada satu-satu masa. Perpustakaan ini menyimpan sehingga 11,000 buku, terbitan berkala, CD Rom dan tesis. Koleksi merangkumi pelbagai bidang termasuk Pengurusan dan Teknologi Perniagaan, Teknologi Maklumat, Hospitaliti, Pelancongan, Reka Bentuk Grafik, Multimedia, Bahasa dan Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Projek terbaharu kami adalah untuk mempertingkatkan fasiliti sedia ada dengan memanfaatkan kawasan luar perpustakaan dengan menyediakan ruang pembelajaran lebih kondusif yang dinamakan sebagai Ruang Pembelajaran Umum. Bertempat di hadapan perpustakaan ini.

Visi
Menjadi hab ilmu pilihan pelajar dan tenaga pengajar.

Misi
Menyediakan sumber rujukan dan perkhidmatan komprehensif yang menjana perkembangan intelektual serta profesional.

Waktu Beroperasi
Isnin hingga Jumaat 9.00pg - 6.00ptg
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum TUTUP

Keahlian
Semua staf dan pelajar KLMUC automatik menjadi ahli dan layak menggunakan perkhidmatan serta fasiliti-fasiliti perpustakaan.

Koleksi
Koleksi kami merangkumi:

  • Buku Am - Akademik, Motivasi, Novel
  • Sumber Dalam Talian - Pusat Ebook (ebooks)
  • Rujukan - Ensiklopedia, Laporan Tahunan, Kamus, Bibliografi
  • Koleksi Bersiri - Surat Khabar
  • Tesis dan Laporan Kerja Kursus Tahun Akhir
  • Bahan AV - CD Rom / DVD

PERKHIDMATAN DAN FASILITI
Zon E-Pembelajaran
Perpustakaan kami menyediakan 20 biji komputer lengkap dengan akses internet secara percuma dan terhad untuk 2 jam setiap orang.

Ruang Diskusi
Ruang diskusi disediakan untuk perbincangan kumpulan. Bilik ini boleh memuatkan sehingga 10 orang.

Ruang Bacaan
Ruang bacaan yang selesa disediakan untuk membaca majalah dan surat khabar atau untuk ulang kaji ringkas.

Sambungan WIFI
Universiti menyediakan akses internet tanpa wayar (WIFI) di kawasan kampus secara percuma.

Mesin Pencetak dan Fotokopi
Mesin pencetak dan fotokopi ada disediakan untuk para pelajar. Kad akses boleh didapatkan dari kaunter Perpustakaan. Caj yang dikenakan seperti berikut:

Kertas A4
RM1.00 WARNA/MUKA SURAT
RM0.10 HITAM PUTIH/MUKA SURAT

Kertas A3
RM2.00 WARNA/MUKA SURAT
RM0.20 HITAM PUTIH/MUKA SURAT

Mengimbas
RM0.40 WARNA/MUKA SURAT
RM0.20 HITAM PUTIH/MUKA SURAT

Kad Mencetak
RM10 (Kad RM5 + Nilai dalam kad RM5)
RM10 (Kad RM5 + Nilai dalam kad RM5)

Tambah nilai untuk mencetak kad / Minimum RM5 / Minimum RM5

Loker
Terdapat 70 unit loker untuk digunakan oleh para pelajar secara percuma terhad untuk tiga jam pada satu-satu masa.

Peraturan dan Undang-undang

  • Merokok adalah dilarang dalam kawasan perpustakaan dan ruang pembelajaran umum.
  • Makan dan minum tidak dibenarkan dalam perpustakaan.
  • Beg, payung dan bungkusan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
  • Dilarang membuat bising di dalam perpustakaan.
  • Pengunjung tidak mempunyai hak mutlak untuk tempahan tempat duduk yang dibuat.
  • Buku-buku dan barangan lain yang ditinggalkan atas meja atau pun kerusi tanpa pengawasan pada tempoh masa tertentu akan dilupuskan.
  • Haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan.
  • Pengunjung mestilah berpakaian bersesuaian dengan Kod Pakaian Universiti.
  • Ruang Diskusi digunakan hanya untuk tujuan perbincangan sahaja.
  • Staf yang bertugas berhak untuk meminta pengunjung beredar dari premis jika mereka didapati melanggar peraturan perpustakaan.
  • Sebarang kelakuan yang tidak sopan akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Disiplin Pelajar.
  • Pengunjung diminta beredar jika loceng dibunyikan sepuluh minit sebelum perpustakaan ditutup.
  • Denda untuk penggunaan buku dan loker melebihi had tempoh akan ditentukan melalui sistem komputer di Kaunter Informasi. Jika sistem tergendala, denda akan ditentukan oleh staf yang bertugas di Kaunter Perkhidmatan.
  • Tidak menjadi kesalahan dan adalah hak eksklusif Ketua Perpustakawan untuk tidak membenarkan fasiliti perpustakaan daripada digunakan.
  • Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan barangan peribadi dalam kawasan perpustakaan dan ruang pembelajaran umum.
  • Peraturan dan Undang-undang Perpustakaan mungkin akan diubah dari masa ke semasa oleh pihak Universiti jika perlu.

Hubungi kami:
Pusat Sumber Ungku Aziz
Perpustakaan dan Ruang Pembelajaran Umum
Tingkat 2, Blok A,
Wisma Sachdev,
16-2 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

Staf Perpustakaan UARC:
Hamizaizurah Abd Hamid (Ketua Perpustakawan)
Nur Ezzati M. Taib (Perpustakawan)
E-mel: uarc.library@klmuc.edu.my

Nombor Telefon: 03-2603 1525

Library OLD - KLMUC