Program ini akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas dan latihan yang diperlukan untuk menguruskan hal-hal tetamu, pengemasan dan operasi makanan & minuman secara berkesan dalam industri perhotelan. Pelajar akan turut mempelajari tentang tanggungjawab penyeliaan, membina asas dalam perniagaan dan juga membangunkan kemahiran keusahawanan.