Permohonan Kemasukan (Pelajar Antarabangsa)

PANDUAN UNTUK PERMOHONAN VISA
1. SEMAK KELAYAKAN DAN PILIH PROGRAM TERBAIK UNTUK ANDA:
Semua Pelajar Antarabangsa perlu memeriksa status kelayakan mereka melalui emel di registration@klmuc.edu.my. Calon pelajar mesti melengkapkan borang permohonan yang dilampirkan bersama dokumen berkaitan seperti salinan imbasan pasport dan sijil-sijil akademik yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. KLMUC akan menghantar Surat Tawaran Bersyarat dan membantu pemohon untuk melengkapkan dan menyerahkan dokumen permohonan termasuk proses pemindahan bayaran yuran permulaan.
2. MENGHANTAR PERMOHONAN:
Semua pemohon dinasihatkan untuk menghantar permohonan mereka sekurang-kurangnya lapan (8) minggu atau dua (2) bulan sebelum tarikh pengambilan bermula bagi mengelakkan kelewatan dalam proses pengambilan. Sila lengkapkan dan hantar Borang Permohonan Pelajar Antarabangsa dengan dokumen-dokumen yang disenaraikan dalam Senarai Permohonan.
3. PENERIMAAN SURAT TAWARAN RASMI:
Jika permohonan berjaya, kami akan mengeluarkan Surat Tawaran kepada pemohon. Anda juga akan dimaklumkan jika permohonan tidak berjaya. Selepas Surat Tawaran dikeluarkan, kami akan menghantar permohonan visa bagi pihak pelajar kepada Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global Sdn. Bhd. (EMGS) di Malaysia. Surat Kelulusan Visa (VAL) ini mengambil masa 1 hingga 2 bulan.
URUSAN KETIBAAN
1. SEBELUM PERLEPASAN:
Kami syorkan supaya pemohon melayari laman web Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global Sdn. Bhd. (EMGS) https://educationmalaysia.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
2. VISA SEKALI MASUK:
Pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia dikehendaki untuk memiliki visa pelajar yang sah. Untuk kemasukan ke Malaysia, pelajar perlu memiliki Visa Sekali Masuk. Permohonan visa boleh dibuat di Kedutaan Malaysia atau Konsulat di negara asal pemohon. Salinan surat tawaran kami dan Surat Kelulusan Visa secara elektronik (E-VAL) perlu disertakan bersama semasa proses permohonan visa. Lihat dokumen-dokumen dalam panduan ini.
3. MENEMPAH TIKET PENERBANGAN:
Cara paling mudah dan cepat untuk ke Malaysia adalah melalui pengangkutan udara. Anda perlu memeriksa penerbangan yang terbaik dari negara asal sama ada penerbangan terus atau transit. Jika anda memilih penerbangan transit, sila ambil maklum peraturan dan undang-undang negara serta lapangan terbang transit bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kami syorkan anda memilih hari ketibaan ke Malaysia bukan pada waktu cuti umum atau waktu bekerja untuk memastikan kelancaran proses di Dewan Kuarantin Imigresen. Waktu bekerja adalah dari 9.00pg hingga 6.00ptg (Isnin - Jumaat). Pastikan anda tiba sebelum Hari Pendaftaran untuk memastikan kelancaran kemasukan dan sesi orientasi program.
4. MAKLUMAT KETIBAAN:
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA / KLIA 2), anda akan dijemput oleh pegawai KLMUC di Dewan Kuarantin Imigresen. Untuk makluman, pelajar hanya akan dibenarkan keluar dari premis Imigresen jika diiringi oleh pegawai Universiti. Pelajar wajib melengkapkan “Borang Maklumat Ketibaan” (lihat Apendiks) dan hantarkan kembali kepada kami 14 hari sebelum ketibaan untuk memudahkan segala urusan.
5. SENARAI DOKUMEN DAN BARANGAN DIPERLUKAN:
  • Buku Pasport
  • Visa Sekali Masuk
  • Surat Tawaran
  • Surat Kelulusan Visa secara elektronik (E-VAL)
  • Borang Maklumat Ketibaan
  • Sijil pendidikan dan Bahasa Inggeris anda (asal)
  • Panduan Pelajar Antarabangsa dan Borang Maklumat Ketibaan
  • Pakaian yang bersesuaian dengan cuaca Malaysia (tropika)
  • Pakaian yang bersesuaian untuk menghadiri kelas dan tutorial.
  • Kelengkapan untuk penjagaan peribadi
  • Wang tunai/Cek Pengembara mencukupi untuk dua bulan sementara proses pembukaan akaun bank di Malaysia.
  • Sila lihat panduan ubat-ubatan dan peralatan/bantuan perubatan yang dibenarkan di sini http://www.customs.gov.my. http://www.customs.gov.my for further details)
  • Barangan keperluan yang diperlukan ketika anda berada di Malaysia.
SELEPAS KETIBAAN
1. KETIBAAN:
Pastikan anda tiba semasa waktu bekerja, Isnin hingga Jumaat, dari 9.00pg hingga 6.00ptg. Anda akan dibawa terus ke kampus KLMUC untuk berjumpa dengan wakil Pegawai Pelajar Antarabangsa (ISO) kami. Jika anda tiba di luar waktu bekerja atau semasa cuti umum, anda akan dihantar ke tempat pilihan anda di sekitar Kuala Lumpur.
2. PENEMPATAN PELAJAR:
KLMUC menyediakan penempatan untuk pelajar tertakluk kepada kekosongan unit. Sebuah Executive Suites (sedia untuk didiami) dengan sewaan RM 800 (USD200) sebulan dan 2 bulan deposit (RM 1600/USD 400). Pelajar antarabangsa tahun pertama mempunyai pilihan untuk tinggal di penempatan (dalam kampus) disediakan Universiti. Jika anda berminat/tidak berminat untuk tinggal di hostel, sila tandakan “Ya” atau “Tidak” di kolum penempatan hostel dalam Borang Permohonan.

Jika anda memilih untuk tinggal di luar kampus, sila pastikan anda telah menguruskan segala keperluan sebelum ketibaan anda. Pelbagai jenis harta tanah dengan maklumat seperti jenis, kos, fasiliti dan kawasan tersedia dan boleh disewa secara dalam talian melalui carian internet.

Jika anda memerlukan bantuan, sila hantarkan pertanyaan ke maklum balas pelajar di @klmuc.edu.my atau rujuk Bahagian 3 terdapat laman web utama harta tanah untuk disewakan.  
3. PEMERIKSAAN KESIHATAN :
Dalam tujuh hari ketibaan di Malaysia, anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik ditetapkan sebagai sebahagian daripada syarat kelulusan visa. Senarai klinik panel ada terdapat di http://www.educationmalaysia.gov.my/our-services/all-services/medical-screening. Slip pengesahan akan dikeluarkan sebagai bukti yang anda telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan perlu diserahkan kepada ISO sebagai rekod.

Untuk mendapatkan pas pelajar, anda wajib membuat pemeriksaan kesihatan. Jika keputusan tidak memberansangkan, anda perlu meninggalkan Malaysia dalam 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan. Segala kos untuk pulang yang timbul perlu ditanggung oleh anda sendiri.
4. PENDAFTARAN DAN KEHADIRAN KELAS:
Pendaftaran pelajar baharu akan dibuat pada setiap awal semester. Tarikh Hari Pendaftaran akan dinyatakan dalam Surat Tawaran. Anda hanya dibenarkan untuk menghadiri program yang ditawarkan sahaja. Sebarang pertukaran program selepas ketibaan, perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia dan kos perlu ditanggung oleh anda sendiri.

Kelas-kelas akan dijalankan di Blok A, Wisma Sachdev, Jalan Raja Laut, 50300 Kuala Lumpur dan boleh diakses menggunakan pengangkutan awam.

Kehadiran akan dipantau oleh pensyarah kami. Pelajar tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir jika kehadiran untuk setiap subjek kurang daripada 70%. Bagi pelajar antarabangsa, mereka perlu memenuhi 80% kehadiran untuk setiap subjek yang diambil pada setiap semester. Nama pelajar dengan kehadiran kurang 80% akan dihantar ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tujuan rekod yang mungkin menyebabkan kesukaran untuk memperbaharui visa pelajar.  
5. PEMBAHARUAN VISA PELAJAR:
Adalah tanggungjawab anda untuk memastikan visa pelajar dimiliki masih sah pada setiap masa. Segala dokumen lengkap dan yuran pemprosesan Perkhidmatan Pendidikan Global Malaysia Sdn. Bhd. dalam bentuk resit pemindahan debit perlu diserahkan kepada ISO dua bulan sebelum visa pelajar tamat tempoh. KLMUC tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang implikasi yang mengakibatkan lanjutan untuk tinggal di Malaysia disebabkan kelewatan atau dokumen tidak lengkap yang dihantar.

Pelajar mesti memenuhi syarat minimum 80% kehadiran kelas untuk setiap subjek yang diambil setiap semester. Jika anda gagal menghadiri disebabkan oleh masalah kesihatan, sila laporkan kepada pensyarah secepat mungkin dan sertakan sekali sijil cuti sakit sebagai bukti ketidakhadiran. Visa pelajar tidak akan diperbaharui jika Jabatan Imigresen Malaysia mendapati Purata Nilai Gred (GPA) dan Purata Kumulatif Nilai Gred (CGPA) pelajar di bawah 2.00.  
MAKLUMAT TAMBAHAN
Urusan Perbankan dan Kadar Tukaran Asing
https://www.mdcppd.com.my/bank/

Kedutaan Asing dan Konsulat di Malaysia
http://embassy.goabroad.com/embassies-in/Malaysia

Maklumat Pas Pelajar dan Tinggal di Malaysia
http://educationmalaysia.gov.my/

Cuti Umum
http://cuticuti-malaysia.com/
http://homestaydimalaysia.blogspot.my/2017/09/cuti-cuti-malaysia-2018.html
https://www.onestopmalaysia.com/holidays-2018.html

Pengangkutan
http://www.malaysia.travel/en/my/resources/transportation

Kecemasan, Polis Pelancong dan Pusat Maklumat Pelancong
http://www.malaysiahoteltour.com/travel_guide/malaysia/travel_tips/contact_number.html

Urusan Kesihatan
http://www.educationmalaysia.gov.my/our-services/all-services/medical-screening

Penempatan Persendirian
http://www.iproperty.com.my
http://www.propertyguru.com.my
http://www.mudah.my
http://www.hostelhunting.com

Direktori
http://www.streetdirectory.com.my/

How To Apply (International) KLMUC Private University In Malaysia 2022