Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam persekitaran media interaktif melalui pendedahan kepada reka bentuk, aplikasi dan penggunaan medium multimedia. Pelajar akan menerima latihan praktikal dalam analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, penilaian dan penyelenggaraan projek sebenar. Ini akan membantu mereka untuk bekerjasama sebagai satu pasukan yang cekap dan berupaya menyediakan penyelesaian.